Majlis Agama
Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1431H
bersamaan 2010M pada kadar RM5.00 & RM7.50 bersamaan satu gantang
beras.
Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 7.50
Umat
Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15%
hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa yang ditunggu-tunggu setiap tahun.
Jadi disini ada disediakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Malaysia bagi tahun 2010 M / 1431 H.
Klik dan save untuk download jadual waktu imsak dan berbuka puasa:
Dikirim oleh ImAJ pada July 22 2010 08:47:26
Rata-rata kesatuan guru yang menghadiri perbincangan meja bulat yang
pertama mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, bersetuju dengan
cadangan kerajaan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP), Loke Yim Pheng berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan
pemansuhan itu tetapi dengan syarat mempunyai kaedah lain untuk menilai
prestasi pelajar.
Langkah
itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima
oleh pelajar dan mengelak mereka dan guru hilang tumpuan, katanya
kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas
menghadiri perbincangan meja bulat itu yang dihadiri hampir 140 wakil
golongan pendidik dan kesatuan guru termasuk dari Sabah dan Sarawak, di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya.
Mulai : 1 Februari 2010 hingga 31 Julai 2010
Tempat : Muzium Alam Semulajadi
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya
Masa : 9.00 Pagi Hingga 5.00 Ptg
Pada 19/3/2010 - 28/3/2010 ini Kuala Lumpur Book Fair akan diadakan di
Putra World Trade Center< Kuala Lumpur, malaysia. untuk maklumat
lanjut sila ke url berikut http://www.kualalumpurbookfair.com/ .
Makluman Kepada Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat yang menyertai pertandingan MTQ Daerah Batu Pahat 2010 bolehlah muat turan format pendaftarn di laman web ini
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke 36 Tahun 2010 / 1431H pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
jadual pembayaran gaji kepada kakitangan awam untuk tahun 2010 sebagai rujukan dan panduan semua pengunjung. Rancanglah kewangan dengan bijaksana semoga setiap yang kita dapat akan bermanfaat.
Sebenarnya jadual gaji ini adalah sebahagian daripada isi pekeliling berkenaan (bilangan 6 tahun 2009) yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) dan ia boleh didapati di laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia..
2 Oktober 2009. merupakan tarikh keramat bagi peserta-peserta KDP 14 Minggu OUM di Kampus IPGM Tun Hussein Onn. Peserta-peserta KDP terdiri guru-guru dari pelbagai daerah seluruh Johor telah menamtkan kursus dengan jayannya. Majlis Penutupan serta Hari Raya telah diadakan di Hotel crystal inn di Batu Pahat. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Institut tersebut iaitu Tn. Hj. A. Aziz bin Abu Bakar.
Windows 7 merupakan Operating System yang baru daripada Windows. Terdapat pelbagai pendapat mengenai Windows 7 namun kami tidak akan membahaskannya di sini. Buat pengetahuan anda, Windows 7 yang akan dijual ini akan mempunyai pelbagai version seperti Vista iaitu:
* Starter
* Home Basic
* Home Premium
* Professional
* Enterprise
* Ultimate
Kali ini, kami ingin kongsikan carta untuk membolehkan anda memilih package apa yang sesuai untuk anda.
PENAFIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.